Pengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

TAKLIMAT GSTT OLEH KPM

Selasa, 23 Ogos 2011 TAKLIMAT GSTT OLEH KPM


Selasa, 23 Ogos 2011

TAKLIMAT GSTT OLEH KPM

Tarikh    :               22 Ogos 2011 (Isnin)
Masa     :               3.00- 4.30  Petang
Tempat  :               Bilik Mesyuarat Melati, Aras 8, Blok E8, KPM

Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah bersetuju mengadakan taklimat seperti di atas melalui Kementeriannya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg Bhg. Dato’ Abdul Ghafar B. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kerana sudi mempengerusikan sesi taklimat, Yg Bhg. Dato’ Wan Khazanah Bt Ismail, TKSU (Pengurusan), Dato’ Nardim Bin Awang, Pegawai Khas Y.A.B TPM, En. Yusran Shah B. Mohd Yusof, S/U Sulit Kanan kepada Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai tertinggi KPM dan pegawai-pegawai KPM yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk memberi taklimat dan respon kepada permasalahan warga GSTT melalui Persatuan GSTT Malaysia (PGM). Tidak lupa ucapan terima kasih dan mengenang jasa kami kepada pihak Pejabat Menteri Besar Perak khususnya Dato’ Ismail B. Suffian, S/U Sulit Kanan Menteri Besar Perak yang telah membuka laluan kepada PGM untuk memperjuangkan nasib GSTT menggunakan saluran yang tepat, dengan mengatur pertemuan kami bersama Dato’ Nardim B. Awang, Pegawai Khas TPM
Untuk makluman semua  ahli, taklimat ini telah dilaksanakan oleh pihak KPM bagi memenuhi permintaan PGM. PGM telah memilih 26 orang wakil dari seluruh Malaysia untuk menghadiri taklimat tersebut.

PENTING!
Perhatian kepada semua GSTT yang layak untuk dilantik semula tetapi belum menerima sebarang tawaran.  Bagi memastikan nama anda tidak tercicir daripada sistem dan program kursus persediaan perguruan untuk GSTT, anda diminta berbuat demikian secepat mungkin:
1)    Rujuk kepada sekolah tempat berkhidmat tahun 2010. Pastikan guru data mendaftarkan anda sebagai GSTT dalam sistem EMIS (bukan sebagai guru kontrak atau Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)). Jika tidak, minta guru data betulkan.
2)    Rujuk kepada JPN, Bahagian Pengurusan Sekolah untuk menyemak sama ada nama anda tersenarai atau tidak. Jika tidak tersenarai, tulis surat rayuan dan sertakan bersama dokumen sokongan iaitu surat lantikan GSTT 2010 (lantikan sehingga Jun 2010) dan tahun sebelumnya. JPN akan menghantar senarai rayuan tersebut selepas cuti Hari Raya Puasa (awal September 2011). * Hanya rayuan melalui JPN sahaja yang akan dilayan



Berikut adalah intipati taklimat yang telah disampaikan:
URUTAN PROSES LANTIKAN SEMULA DAN KURSUS PERSEDIAAN PERGURUAN UNTUK GSTT YANG TELAH DILAKSANAKAN
Tarikh
Peristiwa


1/11/2010


3/3/2011

24/3/2011


30/6/2011
Ucapan penggulungan Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Rakyat
·         Menyentuh mengenai GSTT- Akan ada mekanisme untuk membela nasib GSTT Pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia mengenai pelantikan semula 13184  orang GSTT

Ucapan penggulungan Y.A.B Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat
·         GSTT 2010 akan diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat  dan akan dipertimbangkan untuk diserap ke jawatan tetap
·         Tiada lagi GSTT dilantik pada 2012

Mesyuarat KSN, JPA, Kementerian Kewangan dan KPM memutuskan:
·         3793 GSTT yang layak dan belum dilantik semula akan dilantik secara Contract For Servicemulai Julai 2011 sebelum mengikuti latihan


SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur semasa dilantik
Siswazah             :               Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah    :               Tidak lebih 30 tahun       
  1. Kelayakan akademik yang diiktiraf
  2. Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
  3. Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi

SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahunTermasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
  1. Umur kurang 35 tahun
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  3. Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
  4. Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
  5. Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT OPSYEN GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
GSTT bukan siswazah
  • Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  • Kepujian minimum dalam mata pelajaran opsyen
  • Gred E peringkat STPM/
  • Diploma
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
GSTT siswazah
Sarjana muda tempatan / luar negara
  • Diiktiraf oleh kerajaan dan
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”


SYARAT BIASA KE IPG
LEPASAN SPM- PROGRAM PERSEDIAAN (Kursus Selama 66 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Umur tidak lebih 20 tahun semasa daftar
Syarat Opsyen
  1. 3 mata pelajaran cemerlang (A)
  2. 3 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Sejarah dan mana-mana mata pelajaran lain
  3. Lulus Bahasa Inggeris

LEPASAN IJAZAH (Kursus Selama 18 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Kredit Bahasa Malaysia SPM
  3. Ijazah yang tepat dan bersesuaian
  4. Pointer 2.75 ke atas
  5. Berpengalaman sebagai seorang guru (nilai tambah)

KEDUDUKAN PELANTIKAN SEMULA GSTT SEHINGGA 18 OGOS 2011




LATIHAN/KURSUS
  1. Latihan di IPTA selama 18 bulan dari Disember 2011 hingga Mei 2013 seramai 4787 orang
  2. Latihan di IPG (KPLI-SR) selama 18 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2013 seramai 762 orang
  3. Latihan di IPG (KPLSPM) selama 66 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2017 seramai 2059 orang

Pada akhir sesi taklimat, Yg. Bhg. Dato Abd Gaffar meminta warga GSTT menggunakan peluang sepenuhnya semasa latihan dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang supaya dapat mendidik dan membimbing pelajar dengan lebih berkesan. Beliau juga mengingatkan bahawa program ini sebenarnya sebagai satu hadiah yang amat berharga daripada Y.A.B Menteri Pelajaran kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semasa sesi soal jawab, beberapa permasalahan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan GSTT telah dapat dijawab. Berikut adalah kesimpulan daripada jawapan kepada permasalahan tersebut:
  1. Perkhidmatan sebagai GSTT pada tahun 2011 tidak diambil kira
  2. GSTT yang tidak berkhidmat pada tahun 2010 dikira tidak layak walaupun telah berkhidmat lebih daripada 2 tahun pada tahun sebelumnya dan tahun 2011
  3. Tidak perlu melalui sebarang ujian / temuduga sebelum mengikuti latihan
  4. Data GSTT yang bertugas lebih daripada 1 negeri juga ada di KPM (bergantung kepada data EMIS). Jadi sila buat semakan seperti di bahagian awal ‘post’ ini.
  5. Untuk lantikan semula Contract For Service, dan pemilihan mengikuti kursus, pihak KPM yang bertanggungjawab memilih senarai nama berdasarkan data EMIS, sementara tugas melaksanakan lantikan semula GSTT diserahkan kepada JPN
  6. GSTT pendidikan khas tidak termasuk dalam program ini
  7. GSTT yang tidak berpeluang mengisi borang KPLI/KPLSPM GSTT dalam didik tidak akan diberi peluang tambahan lagi kerana pihak KPM telah 3 kali melanjutkan tempoh mengisi borang dan sedaya upaya menghubungi sendiri GSTT tersebut termasuk melalui telefon dan sms, namun ramai yang tidak memberikan respon
  8. Fungsi borang KPLI / KPLSPM GSTT tersebut adalah sebagai “back-up system” kepada system EMIS bagi GSTT
  9. Tiada keutamaan kepada mana-mana jenis kontrak GSTT sama ada COS / CFS / belum dilantik semula bagi melayakkan GSTT mengikuti latihan. Kriteria utama adalah memenuhi syarat
  10. Peruntukan gaji untuk GSTT CFS akan diturunkan pada minggu ini (akhir Ogos) dan mereka akan menerima gaji seawalnya bulan September (jika diurus dengan segera oleh GSTT, pihak sekolah, PPD, dan JPN)
  11. GSTT yang sudah berumur 36 tahun pada 2011 tidak perlu bimbang kerana hanya umur maksimum 35 tahun pada 31 Disember 2010 yang diambil kira
  12. Surat tawaran mengikuti kursus akan dikeluarkan seawal-awalnya pada bulan November 2011

Sebagai mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan ahli, pada akhir sesi taklimat dan soal jawab, Pengerusi PGM telah meminta izin dan dipersetujui untuk menyerahkan senarai nama dan maklumat ahli PGM yang mencukupi syarat tetapi belum dilantik. Maklumat diserahkan kepada Yg. Bhg. Dato’ Abd. Ghafar. Maklumat tersebut adalah yang diemailkan oleh ahli kepada PGM sehingga 21 Ogos 2011 bagi memastikan data mereka dapat dikemaskini dan tidak lagi tercicir.
http://www.persatuangsttmalaysia.blogspot.com/
                                               

('',)ADDA SUE BLOGSHOP-GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WIDGET UJAN